Assalamualaikum n salam sejahtera….
Sihat ke tak hari ini? Semoga semua sihat-sihat selalu :)
Prs rasa masih belum terlewat nk ucapkan selamat datang buat adik2
junior yg bru datang… adik2 mmg buat plihan yang terbaik sekarang…
Kali ni, prs nk share something yg slalu terjadi kpda kita semua..
Citer ni dikongsi oleh sorang rakan yg bergelar seorang guru pelatih…
mcam kita… J
Dulu bila orang tanya, nanti jadi apa je. Mesti dia akan jawab, jadi cikgu je.
Perkataan JE tu memang tak pernah tinggal. Bukan apa, kan mula-mula masuk maktab kerjaya ni paling tak berprestasi tinggi dan glamour.
Ala bukan masalah glamour sebenarnya. Tapikan tapikan dah semua kawan kawan baik peluk cium membesar bersama majoriti jadi doktor. Ni kes kawan kawan rapat ye. Paling paling pun diaorang akan jadi arkitek, lawyer dan engineer. So mestilah ada rasa down disitu. Rasa loser pun ada okay :(
Tak semua benda yang kita suka baik untuk kita. Sebab itu hal-hal yang indah tidak selalu baik, tapi hal-hal yang baik akan selalu indah.
Tapi itu cerita dulu. Bila dah sampai tahap umur 22 dan tinggal setahun je lagi nak habis belajar, baru sedar jadi cikgu pun okay dan sangat sangat okay! Bukan semua orang pun berpeluang jadi cikgu. Rasa sangat sangat bersyukur sebab Allah tempatkan dalam profession ini. Alhamdullilah. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan yang cipta sendiri. Allahkan Maha Hebat ♥
Sekarang bila orang tanya nanti jadi apa, automatik dia akan jawab JADI CIKGU! Takde dah perkataan JE tu. Rasa malu dan rendah diri pun dah hilang. Sebab dia bangga dengan diri sendiri dah sampai ke tahap ini.
,
Set niat. Lillahi Taala. You would feel better.
Usaha tawakkal paling penting.
Allah akan sentiasa ada bersama orang-orang yang sabar.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Set niat. Lillahi Taala. You would feel better.
Usaha tawakkal paling penting.
Allah akan sentiasa ada bersama orang-orang yang sabar.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Buat adik2 yg baru masuk, adik teruskanlah perjuangan adik ni…. Jgn sesekali
menyesal untuk menjadi seorang pendidik… buat abang2 dan kakak2 senior, selamat
berpraktikum…
Mendidik adalah satu pekerjaan yang amat mulia….
Mesti adik2 pernah dengar hadis ni…..
“apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala
amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang berguna dan doa anak-anak soleh”
K lah….
Sebelum tu, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin
dan muslimat… Semoga puasa tahun ni merupakan puasa yang terbaik buat kita….
Selamat Beramal…..
Jumpa dilain coretan….
Bye… Assalamualaikum
‘’’’’ Kami Sedia Membantu’’’’’’



