Wednesday, 3 July 2013

selamat kembali. :)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! 



pihak Pembimbing Rakan Siswa memohon maaf atas kelewatan mengemas kini laman sesawang yang tentu tentu dah bersawang, sarang lebah, sarang tikus, sarang burung, dan sarang sarang yang lainnya. huk huk.

Alhamdulillah, semua keputusan peperiksaan telah dikeluarkan dan SEJUTA TAHNIAH bagi yang berjaya mendapat Dean list! :) bagi saya yang tak dapat dean list, semoga lebih berusaha dan semoga lebih rajin belajar bukan belajar last minute! InsyaAllah. 





kami pasti semua sudah tahu mengenai PEPERIKSAAN ULANGAN yang akan diadakan pada SABTU, 6 JULAI 2013 ini. oleh yang demikian, kami daripada warga PRS mengucapkan SELAMAT BERJAYA dan semoga dipermudahkan semuaaaaaa urusan. :)


SEMESTER BARU. JADUAL BARU. PENSYARAH BARU. ada yang dapat CLASSMATE BARU. 


jadi, berbekalkan susunan jadual yang agak pack bagi semester ini, disertakan beberapa tips untuk menghadapi tekanan tekanan yang mungkin kadang kala timbul, kadang kala muncul, macam jerawat tu. silakannnn~



1. Dekatkan Diri Dengan Agama - Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Pimpin diri dan keluarga merenung kehidupan bersama Tuhan. Apa jenis agamapun, bawalah keluarga bersembahyang, berdoa, contohnya semasa makan, sebelum tidur. Apabila bersusah hati, bergembira, ingat bahawa Tuhan sentiasa dengar rintihan Hamba-Nya.

2. Pilih Untuk Gembira - mulakan belajar tentang kemahiran menguruskan diri, berinteraksi dengan baik dan positif terhadap sekeliling supaya kita sentiasa terbuka dan gembira.

3. Sentiasa Bersyukur – Tidak ada kesudahannya jika terlalu ego dengan asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain. Ada baiknya cara kekuatan untuk menjayakan diri.

4. Menjadi Pemaaf – Berfikiran negatif, memendam rasa, seringkali melepaskan kemarahan akan memburukkan kesihatan mental.

5. Lawan Pemikiran Negatif – Kenalpasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal. Tempis pemikiran ini dan cari cara sifat positif disebaliknya.

6. Tambah Sahabat – Gembiranya apabila mendapat sahabat yang baik sentiasa mengambil berat kepada kita. Ada pakar berpendapat, hidup keseorangan akan menambahkan tekanan dan kemurungan.

7. Kongsi Masalah/Kegembiraan Kepada Keluarga – Pada yang telah berumahtangga, utamakan suami/isteri. Berbincang dan berkongsilah masalah, kegembiraan kepada pasangan. Pasangan yang memahami akan memberi anda pendapat dan akan menenangkan diri anda. Suami/isteri adalah orang yang paling sesuai untuk berkongsi kerana perkhawinan telah mengikat diri untuk menerima anda seadanya.

8. Lemparkan Senyuman – Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun tidak dikenali. Bukan sahaja anda senang hati tetapi mereka juga berpendapat anda seorang yang positif.

9. Berbuat Baik – Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang dihulur, ia akan membuatkan si penerima gembira.

10. Gembira Jauhi Penyakit – Percaya atau tidak, tekanan yang boleh merangsang kepada penyakit akan boleh diubati dengan kegembiraan. Individu yang happy go lucky akan mempercepatkan penyembuhan.

11. Sertai Aktiviti – Pilih aktiviti yang menarik minat anda dan lebih baik lagi jika ia memberi manafaat kepada pihak lain. Misalnya menyertai badan kebajikan dan sukarelawan.

12. Bukan Mengenai Wang – Walaupun wang boleh merangsang kegembiraan, hakikatnya bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang.

13. Berilah Pujian – Jangan kedekut memberi pujian kepada keluarga terutama pasangan, anak dan rakan-rakan. Juga berterima kasih kepada bantuan yang dihulurkan. Pujian boleh merangsang kepada perkara baik. Jangan hanya berharap pujian oleh orang lain.




14. Terima Dugaan – Belajar terima setiap dugaan yang datang dengan hati terbuka. Ianya membolehkan anda berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan dengan baik.

15. Kerendahan Hati – Jangan terlalu ego kepada diri dan orang sekeliling. Belajar merendahkan hati dan diri. Elakkan perkataan-perkataan, bahasa-bahasa yang menyinggungkan perasaan orang. Luahkan kata-kata dengan penuh kerendahan hati. Cara ini boleh membantu menenangkan kita.

16. Bersenam – Mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja baik untuk badan dan membantu mempertingkatkan aliran darah tetapi menjadi ubat anti kemurungan yang sangat berkesan, kerana ianya mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal.

17. Elakkan Berhutang – Elakkan diri kita berhutang. Elakkan memegang Kad kredit. Ianya memang baik tetapi tidak membantu kerana penggunaan kad kredit hanya memberi tekanan kepada anda setelah digunakan dan hanya berfikir untuk membayar hutang.

18. Menerima Diri Seadanya – Terimalah diri seadanya dengan tenang. Kemampuan ada hadnya. Jadi jangan paksa diri kita membuat sesuatu di luar kemampuan.


p/s: jangan tekanan pulak baca banyak banyak ni. ^^




--elaun yang belum masuk MUNGKIN jadi salah satu punca tekanan. JADIII, sila baca semula 18 tips di atas. InsyaAllah, ada hikmah semua ni. :)

--percaya dengan kepimpinan dan yakin mereka juga sedang melakukan yang terbaik, InsyaAllah.

--salam sayang, PRS. :)



No comments:

Post a Comment