Saturday, 28 December 2013

realiti atau fantasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga kampus. :)


"kita takut pada sesuatu yang kita tak tahu."


itu kebenarannya.

orang takut pada hantu,
sebab mereka tak tahu kenapa hantu tu begitu.
kita dimomok momok kan dengan wajah wajah seram hantu.
tapi tak tahu kenapa muka hantu hodoh,
kenapa gigi hantu tajam,
kenapa pontianak ketawa,
kenapa pocong melompat dalam kain kapan,
kenapa saka sampai akhir pun tak tinggalkan tuannya.

orang takut pada semua benda yang mereka tak tahu.

takut keseorangan sebab kita tak tahu dengan siapa mahu diadukan segala masalah.

takut kehilangan sebab kita tak tahu apa yang akan menggantikan.

takut pada kegelapan sebab kita tak tahu apa yang ada di hadapan.

takut pada kematian sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.

takut pada hari kiamat sebab kita tak tahu bagaimana rasanya untuk berhadapan dengan kehancuran dan penghujung setiap apa yang kita kenal dan kita sayang selama ini.

takut pada hari pembalasan kerana kita tak tahu berapa dosa dan berapa pahala yang kita dapat.

kita boleh baca, kita boleh bayangkan, kita boleh mendengar cerita.

tapi, kita tak mungkin boleh benar benar tahu.

sebab itu kita takut.


ini saya.


anda bagaimana?


takut jugakah?


semoga memberi satu pencetus kepada setiap degup jantung untuk memikirkan tujuan dan nilai apakah kehidupan kita ini.

mungkin ianya permulaan kepada sesuatu yang baru, in shaa Allah. :)


Monday, 23 December 2013

BERSEDERHANA.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua warga kampus.


Apa persiapan untuk semester baru?

Kasut baru?
Baju kuliah baru?
Handbag baru?
Tudung baru?
Motor baru?
Kereta baru?


Dalam menyediakan perkakasan baru baru pada awal semester, jangan dilupakan satu perkara;

BERSEDERHANA.

Bersederhanalah dalam membuat pilihan. Supaya nanti apa yang dibeli tidak dibazirkan. Supaya tidak menjadi sebab penuhnya stor semasa cuti semester. (untuk penghuni kediaman). :p


Yang lain boleh follow guide list dekat bawah ye semasa berbelanja:


1. siapkan senarai barang keperluan apa yang perlu dibeli.
2. letakkan barang yang lebih penting di senarai teratas.
3. pastikan sumber kewangan mencukupi (samada PaMa atau hasil titik peluh sendiri)
4. pastikan barang yang ingin dibeli akan digunakan. (jangan menjadi pembaziran)
5. sediakan stok makanan adalah lebih banyak dari biasa memandangkan elaun akan dimasukkan lambat. (untuk mengelakkan kebuluran)
6. jangan masuk Daiso (ladies, especially). Nanti yang tak tersenarai pun masuk bakul belian.
7. sekiranya barang lama masih ada, elakkan dari membeli barang yang sama.
8. pergi berbelanja lebih awal daripada tarikh naik kampus (takut last last minute, ada yang tertinggal)
9. jangan berbelanja sendirian. (biar belanja dengan mak ayah, sekurang kurangnya ada yang jadi tukang bebel). :p
10. pastikan telinga tahan bebelan.


SELAMAT MENGHABISKAN SISA SISA CUTI DI RUMAH.

Berbakti kepada mak ayah.
Berbakti kepada tanah.
Berbakti kepada Tuhan.


Salam sayang, PRS IPIK. 


belum terhapus.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga kampus.


Sudah berdebu, berhabuk, bersawang.
sejuta maaf dipohon dari pihak AJK Multimedia PRS kerana gagal memberikan komitmen dalam menghasilkan post post terbaru di laman sesawang ini.


Menjadikan kekangan masa dan tugas sebagai alas an. *sigh*

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah semakin hampir kita dengan penghujung tahun 2013 dan bermulanya tahun 2014.

Masih tersematkah azam yang sama bagi setiap tahun?

Sudah tercapaikah azam yang ditanam pada tahun 2013 ini?sudah disenaraikan kah azam baru yang ingin dicapai pada tahun hadapan?

Semoga azam yang ingin dibuat akan menjadikan kita seorang insan yang lebih baik, seorang bakal guru yang lebih matang, seorang pelajar yang lebih rasional, seorang anak yang lebih baik, seorang warga Malaysia yang lebih bersyukur.


Alhamdulillah, keputusan peperiksaan bagi tahun 2013 telah beberapa hari dikeluarkan. Jika dilihat pada mukabuku (baca: facebook), rata rata bercerita mengenai keputusan peperiksaan yang telah diperolehi. Lebih mudah, ianya boleh disemak secara atas talian (baca: online).


Jadii....
Bagaimana keputusan peperiksaan yang lepas? Sudah mencapai target?
Menurun?
Luar jangkaan?
Berada di tempat yang sama?
Anugerah Pengarah dalam tangan?

Semoga antara azam yang disenaraikan terselit satu azam untuk buat yang lebih baik lagi pada semester hadapan. Bagi yang belum merasa naik pentas, kena ada usaha nak naik pentas terima Anugerah Pengarah.
Bagi yang selalu naik ke atas pentas, kekalkan momentum, tambahkan usaha. Biar tak leka.

Salam sayang dari ahli PRS dan pensyarah pembimbing kepada semua warga kampus dengan ucapan;




SELAMAT TAHUN BARU DAN SEMOGA SUKSES SELALU! 


 :)