Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga kampus.
Sudah berdebu, berhabuk, bersawang.
sejuta maaf dipohon dari pihak AJK Multimedia PRS kerana gagal
memberikan komitmen dalam menghasilkan post post terbaru di laman sesawang ini.
Menjadikan kekangan masa dan tugas sebagai alas an. *sigh*
Alhamdulillah, sedar tak sedar dah semakin hampir kita
dengan penghujung tahun 2013 dan bermulanya tahun 2014.
Masih tersematkah azam yang sama bagi setiap tahun?
Sudah tercapaikah azam yang ditanam pada tahun 2013 ini?sudah
disenaraikan kah azam baru yang ingin dicapai pada tahun hadapan?
Semoga azam yang ingin dibuat akan menjadikan kita seorang
insan yang lebih baik, seorang bakal guru yang lebih matang, seorang pelajar
yang lebih rasional, seorang anak yang lebih baik, seorang warga Malaysia yang
lebih bersyukur.
Alhamdulillah, keputusan peperiksaan bagi tahun 2013 telah
beberapa hari dikeluarkan. Jika dilihat pada mukabuku (baca: facebook), rata
rata bercerita mengenai keputusan peperiksaan yang telah diperolehi. Lebih
mudah, ianya boleh disemak secara atas talian (baca: online).
Jadii....
Bagaimana keputusan peperiksaan yang lepas? Sudah mencapai
target?
Menurun?
Luar jangkaan?
Berada di tempat yang sama?
Anugerah Pengarah dalam tangan?
Semoga antara azam yang disenaraikan terselit satu azam
untuk buat yang lebih baik lagi pada semester hadapan. Bagi yang belum merasa
naik pentas, kena ada usaha nak naik pentas terima Anugerah Pengarah.
Bagi yang selalu naik ke atas pentas, kekalkan momentum,
tambahkan usaha. Biar tak leka.
Salam sayang dari ahli PRS dan pensyarah pembimbing kepada
semua warga kampus dengan ucapan;
SELAMAT TAHUN BARU DAN SEMOGA SUKSES SELALU!
:)
No comments:
Post a Comment