Sunday, 19 January 2014

sahabat.



bismillah.


kadang kadang kita tak perasan.



kadang kadang kita kecil hati bila sahabat kita tak ambil kisah tentang kesihatan kita.

tapi bila dia sakit pun, kita takde pun jenguk dia.


kadang kadang kita marah bila sahabat kita tak dengar cakap kita.

tapi bila dia bercakap, kita tak dengar pun satu apa.


kadang kadang kita sedih sahabat kita selalu sibuk dengan urusan dia.

tapi kita tak tahu, dalam sibuk sibuk tu dia nak sangat berehat macam kita.


kadang kadang kita terasa bila sahabat melebihkan yang lain dalam urusannya.

tapi kita tak sedar, kita juga lakukan perkara yang sama.


kadang kadang kita kata sahabat kita tak kisah langsung keadaan kita.

tapi kita tak tahu, dialah orang pertama yang sentiasa ingatkan kita.


kadang kadang kita letak semua salah atas bahu dia.

tapi kita tak tahu, selain kita, ada orang lain juga letak salah pada bahu dia.


kadang kadang kita rasa sahabat kita tak rasa apa yang kita rasa.

tapi kita tak tahu, rasa dia, dia simpan sampai kering kontang dalam dada.



ujian bersahabat.

Tuhan nak uji, bukan calang calang ujian Dia nak bagi.

boleh dari pelbagai sudut. dari pelbagai asbab.

dari yang sekecil kecil hal hinggalah yang sebesar besar alam.



kita kena faham. kena tahu. kena hadam.

sebagai manusia, sikap memenangkan diri sendiri itu memang ada.

tak kira lah atas keputusan apa.

kita memang sukakan kemenangan.

siapa taknak jadi nombor 1, bro?



don't assume. ask.


satu nasihat yang tak akan dilupakan sampai bila bila, in shaa Allah.


:)



anda?







No comments:

Post a Comment