Saturday, 28 December 2013

realiti atau fantasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga kampus. :)


"kita takut pada sesuatu yang kita tak tahu."


itu kebenarannya.

orang takut pada hantu,
sebab mereka tak tahu kenapa hantu tu begitu.
kita dimomok momok kan dengan wajah wajah seram hantu.
tapi tak tahu kenapa muka hantu hodoh,
kenapa gigi hantu tajam,
kenapa pontianak ketawa,
kenapa pocong melompat dalam kain kapan,
kenapa saka sampai akhir pun tak tinggalkan tuannya.

orang takut pada semua benda yang mereka tak tahu.

takut keseorangan sebab kita tak tahu dengan siapa mahu diadukan segala masalah.

takut kehilangan sebab kita tak tahu apa yang akan menggantikan.

takut pada kegelapan sebab kita tak tahu apa yang ada di hadapan.

takut pada kematian sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.

takut pada hari kiamat sebab kita tak tahu bagaimana rasanya untuk berhadapan dengan kehancuran dan penghujung setiap apa yang kita kenal dan kita sayang selama ini.

takut pada hari pembalasan kerana kita tak tahu berapa dosa dan berapa pahala yang kita dapat.

kita boleh baca, kita boleh bayangkan, kita boleh mendengar cerita.

tapi, kita tak mungkin boleh benar benar tahu.

sebab itu kita takut.


ini saya.


anda bagaimana?


takut jugakah?


semoga memberi satu pencetus kepada setiap degup jantung untuk memikirkan tujuan dan nilai apakah kehidupan kita ini.

mungkin ianya permulaan kepada sesuatu yang baru, in shaa Allah. :)


Monday, 23 December 2013

BERSEDERHANA.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua warga kampus.


Apa persiapan untuk semester baru?

Kasut baru?
Baju kuliah baru?
Handbag baru?
Tudung baru?
Motor baru?
Kereta baru?


Dalam menyediakan perkakasan baru baru pada awal semester, jangan dilupakan satu perkara;

BERSEDERHANA.

Bersederhanalah dalam membuat pilihan. Supaya nanti apa yang dibeli tidak dibazirkan. Supaya tidak menjadi sebab penuhnya stor semasa cuti semester. (untuk penghuni kediaman). :p


Yang lain boleh follow guide list dekat bawah ye semasa berbelanja:


1. siapkan senarai barang keperluan apa yang perlu dibeli.
2. letakkan barang yang lebih penting di senarai teratas.
3. pastikan sumber kewangan mencukupi (samada PaMa atau hasil titik peluh sendiri)
4. pastikan barang yang ingin dibeli akan digunakan. (jangan menjadi pembaziran)
5. sediakan stok makanan adalah lebih banyak dari biasa memandangkan elaun akan dimasukkan lambat. (untuk mengelakkan kebuluran)
6. jangan masuk Daiso (ladies, especially). Nanti yang tak tersenarai pun masuk bakul belian.
7. sekiranya barang lama masih ada, elakkan dari membeli barang yang sama.
8. pergi berbelanja lebih awal daripada tarikh naik kampus (takut last last minute, ada yang tertinggal)
9. jangan berbelanja sendirian. (biar belanja dengan mak ayah, sekurang kurangnya ada yang jadi tukang bebel). :p
10. pastikan telinga tahan bebelan.


SELAMAT MENGHABISKAN SISA SISA CUTI DI RUMAH.

Berbakti kepada mak ayah.
Berbakti kepada tanah.
Berbakti kepada Tuhan.


Salam sayang, PRS IPIK. 


belum terhapus.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga kampus.


Sudah berdebu, berhabuk, bersawang.
sejuta maaf dipohon dari pihak AJK Multimedia PRS kerana gagal memberikan komitmen dalam menghasilkan post post terbaru di laman sesawang ini.


Menjadikan kekangan masa dan tugas sebagai alas an. *sigh*

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah semakin hampir kita dengan penghujung tahun 2013 dan bermulanya tahun 2014.

Masih tersematkah azam yang sama bagi setiap tahun?

Sudah tercapaikah azam yang ditanam pada tahun 2013 ini?sudah disenaraikan kah azam baru yang ingin dicapai pada tahun hadapan?

Semoga azam yang ingin dibuat akan menjadikan kita seorang insan yang lebih baik, seorang bakal guru yang lebih matang, seorang pelajar yang lebih rasional, seorang anak yang lebih baik, seorang warga Malaysia yang lebih bersyukur.


Alhamdulillah, keputusan peperiksaan bagi tahun 2013 telah beberapa hari dikeluarkan. Jika dilihat pada mukabuku (baca: facebook), rata rata bercerita mengenai keputusan peperiksaan yang telah diperolehi. Lebih mudah, ianya boleh disemak secara atas talian (baca: online).


Jadii....
Bagaimana keputusan peperiksaan yang lepas? Sudah mencapai target?
Menurun?
Luar jangkaan?
Berada di tempat yang sama?
Anugerah Pengarah dalam tangan?

Semoga antara azam yang disenaraikan terselit satu azam untuk buat yang lebih baik lagi pada semester hadapan. Bagi yang belum merasa naik pentas, kena ada usaha nak naik pentas terima Anugerah Pengarah.
Bagi yang selalu naik ke atas pentas, kekalkan momentum, tambahkan usaha. Biar tak leka.

Salam sayang dari ahli PRS dan pensyarah pembimbing kepada semua warga kampus dengan ucapan;




SELAMAT TAHUN BARU DAN SEMOGA SUKSES SELALU! 


 :)







Sunday, 7 July 2013

Kenapa mesti ada 'jerrr' ?

Assalamualaikum n salam sejahtera….
Sihat ke tak hari ini? Semoga semua sihat-sihat selalu :)


Prs rasa masih belum terlewat nk ucapkan selamat datang buat adik2 junior yg bru datang… adik2 mmg buat plihan yang terbaik sekarang…

Kali ni, prs nk share something yg slalu terjadi kpda kita semua..

Citer ni dikongsi oleh sorang rakan yg bergelar seorang guru pelatih… mcam kita… J

Dulu bila orang tanya, nanti jadi apa je. Mesti dia akan jawab, jadi cikgu je. 
Perkataan JE tu memang tak pernah tinggal.  Bukan apa, kan mula-mula masuk maktab kerjaya ni paling tak berprestasi tinggi dan glamour.
Ala bukan masalah glamour sebenarnya. Tapikan tapikan dah semua kawan kawan baik peluk cium membesar bersama majoriti jadi doktor. Ni kes kawan kawan rapat ye. Paling paling pun diaorang akan jadi arkitek, lawyer dan engineer.  So mestilah ada rasa down disitu. Rasa loser pun ada okay :(

Tak semua benda yang kita suka baik untuk kita. Sebab itu hal-hal yang indah tidak selalu baik, tapi hal-hal yang baik akan selalu indah.

Tapi itu cerita dulu. Bila dah sampai tahap umur 22 dan tinggal setahun je lagi nak habis belajar, baru sedar jadi cikgu pun okay dan sangat sangat okay!
 Bukan semua orang pun berpeluang jadi cikgu. Rasa sangat sangat bersyukur sebab Allah tempatkan dalam profession ini. Alhamdullilah. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan yang cipta sendiri. Allahkan Maha Hebat 

Sekarang bila orang tanya nanti jadi apa, automatik dia akan jawab JADI CIKGU! Takde dah perkataan JE tu. Rasa malu dan rendah diri pun dah hilang. Sebab dia bangga dengan diri sendiri dah sampai ke tahap ini.
,

Set niat. Lillahi Taala. You would feel better. 

  Usaha tawakkal paling penting.


Allah akan sentiasa ada bersama orang-orang yang sabar.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Buat adik2 yg baru masuk, adik teruskanlah perjuangan adik ni…. Jgn sesekali menyesal untuk menjadi seorang pendidik… buat abang2 dan kakak2 senior, selamat berpraktikum…

Mendidik adalah satu pekerjaan yang amat mulia….

Mesti adik2 pernah dengar hadis ni…..

“apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang berguna dan doa anak-anak soleh”

 K lah….

Sebelum tu, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat… Semoga puasa tahun ni merupakan puasa yang terbaik buat kita….
Selamat Beramal…..

Jumpa dilain coretan….

Bye… Assalamualaikum


‘’’’’ Kami Sedia Membantu’’’’’’

Wednesday, 3 July 2013

selamat kembali. :)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! 



pihak Pembimbing Rakan Siswa memohon maaf atas kelewatan mengemas kini laman sesawang yang tentu tentu dah bersawang, sarang lebah, sarang tikus, sarang burung, dan sarang sarang yang lainnya. huk huk.

Alhamdulillah, semua keputusan peperiksaan telah dikeluarkan dan SEJUTA TAHNIAH bagi yang berjaya mendapat Dean list! :) bagi saya yang tak dapat dean list, semoga lebih berusaha dan semoga lebih rajin belajar bukan belajar last minute! InsyaAllah. 





kami pasti semua sudah tahu mengenai PEPERIKSAAN ULANGAN yang akan diadakan pada SABTU, 6 JULAI 2013 ini. oleh yang demikian, kami daripada warga PRS mengucapkan SELAMAT BERJAYA dan semoga dipermudahkan semuaaaaaa urusan. :)


SEMESTER BARU. JADUAL BARU. PENSYARAH BARU. ada yang dapat CLASSMATE BARU. 


jadi, berbekalkan susunan jadual yang agak pack bagi semester ini, disertakan beberapa tips untuk menghadapi tekanan tekanan yang mungkin kadang kala timbul, kadang kala muncul, macam jerawat tu. silakannnn~



1. Dekatkan Diri Dengan Agama - Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Pimpin diri dan keluarga merenung kehidupan bersama Tuhan. Apa jenis agamapun, bawalah keluarga bersembahyang, berdoa, contohnya semasa makan, sebelum tidur. Apabila bersusah hati, bergembira, ingat bahawa Tuhan sentiasa dengar rintihan Hamba-Nya.

2. Pilih Untuk Gembira - mulakan belajar tentang kemahiran menguruskan diri, berinteraksi dengan baik dan positif terhadap sekeliling supaya kita sentiasa terbuka dan gembira.

3. Sentiasa Bersyukur – Tidak ada kesudahannya jika terlalu ego dengan asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain. Ada baiknya cara kekuatan untuk menjayakan diri.

4. Menjadi Pemaaf – Berfikiran negatif, memendam rasa, seringkali melepaskan kemarahan akan memburukkan kesihatan mental.

5. Lawan Pemikiran Negatif – Kenalpasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal. Tempis pemikiran ini dan cari cara sifat positif disebaliknya.

6. Tambah Sahabat – Gembiranya apabila mendapat sahabat yang baik sentiasa mengambil berat kepada kita. Ada pakar berpendapat, hidup keseorangan akan menambahkan tekanan dan kemurungan.

7. Kongsi Masalah/Kegembiraan Kepada Keluarga – Pada yang telah berumahtangga, utamakan suami/isteri. Berbincang dan berkongsilah masalah, kegembiraan kepada pasangan. Pasangan yang memahami akan memberi anda pendapat dan akan menenangkan diri anda. Suami/isteri adalah orang yang paling sesuai untuk berkongsi kerana perkhawinan telah mengikat diri untuk menerima anda seadanya.

8. Lemparkan Senyuman – Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun tidak dikenali. Bukan sahaja anda senang hati tetapi mereka juga berpendapat anda seorang yang positif.

9. Berbuat Baik – Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang dihulur, ia akan membuatkan si penerima gembira.

10. Gembira Jauhi Penyakit – Percaya atau tidak, tekanan yang boleh merangsang kepada penyakit akan boleh diubati dengan kegembiraan. Individu yang happy go lucky akan mempercepatkan penyembuhan.

11. Sertai Aktiviti – Pilih aktiviti yang menarik minat anda dan lebih baik lagi jika ia memberi manafaat kepada pihak lain. Misalnya menyertai badan kebajikan dan sukarelawan.

12. Bukan Mengenai Wang – Walaupun wang boleh merangsang kegembiraan, hakikatnya bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang.

13. Berilah Pujian – Jangan kedekut memberi pujian kepada keluarga terutama pasangan, anak dan rakan-rakan. Juga berterima kasih kepada bantuan yang dihulurkan. Pujian boleh merangsang kepada perkara baik. Jangan hanya berharap pujian oleh orang lain.




14. Terima Dugaan – Belajar terima setiap dugaan yang datang dengan hati terbuka. Ianya membolehkan anda berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan dengan baik.

15. Kerendahan Hati – Jangan terlalu ego kepada diri dan orang sekeliling. Belajar merendahkan hati dan diri. Elakkan perkataan-perkataan, bahasa-bahasa yang menyinggungkan perasaan orang. Luahkan kata-kata dengan penuh kerendahan hati. Cara ini boleh membantu menenangkan kita.

16. Bersenam – Mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja baik untuk badan dan membantu mempertingkatkan aliran darah tetapi menjadi ubat anti kemurungan yang sangat berkesan, kerana ianya mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal.

17. Elakkan Berhutang – Elakkan diri kita berhutang. Elakkan memegang Kad kredit. Ianya memang baik tetapi tidak membantu kerana penggunaan kad kredit hanya memberi tekanan kepada anda setelah digunakan dan hanya berfikir untuk membayar hutang.

18. Menerima Diri Seadanya – Terimalah diri seadanya dengan tenang. Kemampuan ada hadnya. Jadi jangan paksa diri kita membuat sesuatu di luar kemampuan.


p/s: jangan tekanan pulak baca banyak banyak ni. ^^




--elaun yang belum masuk MUNGKIN jadi salah satu punca tekanan. JADIII, sila baca semula 18 tips di atas. InsyaAllah, ada hikmah semua ni. :)

--percaya dengan kepimpinan dan yakin mereka juga sedang melakukan yang terbaik, InsyaAllah.

--salam sayang, PRS. :)



Saturday, 18 May 2013

Haiiii................... JOM BACA............

Assalamualaikum n salam sejahtera semua...

Hai, sibuk ek stdy? xpe2, biasala tu musim exam kan...

kali ni, prs ase nk kongsi something la..... benda ni amat penting untuk dri kita sbgai bakal seorng guru....

Actually, masa buka2 blog kawan2 yang lain, terjumpa la satu entry yg menjadi tumpuan blogger.... jom sama2 baca......


Jangan Dengar Sebelah Pihak


Ramai yang suka dengar sebelah pihak je. Rasa macam bila dah tahu 1 cerita ni, rasa betul je. Tak dengar dari pihak lain. Bila seseorang ni bercerita tentang masalah apa-apa je la pun, terus percaya. Terus letak yang ni betul, terus kata pihak yang lain itu salah. Macam la orang yang bercerita itu betul sangat. Betul tak ? Senang & cepat je nak nilai orang, nak hukum orang.

Kita tengok pula dalam kes perbicaraan (mari kita masuk court jap). Ada ke hakim dengar sebelah pihak je, terus jatuhkan hukuman ? Kalau macam tu, tak payah la buat mahkamah, tak payah susah-susah university wujudkan cos law. Tak payah susah-susah belajar law, tak payah hafal, tak payah baca buku undang-undang yang tebal, tak payah lecturer susah-susah nak ajar students. Betul tak ? Maksudnya, dalam apa jua sekalipun, perlu pertemukan dua pihak. Perlukan penjelasan dari kedua-dua pihak. Even kalau tak cukup orang yang di bicarakan, dia tak datang ke, perbicaraan di tangguhkan kan ? Setahu saya la, kalau salah, boleh students Law betulkan. Ahah saya tahu beberapa orang sahabat saya yang dari cos law baca blog saya ni..

*sigh* Evi LoLyta nak cakap pasal lawyer la, judge la, court la apa hal ? Yang tu lain cerita, kes besar-besar je macam kes bunuh ke, perceraian ke, kes rasuah ke & lain-lain yang besar je masuk court. Takkan kes remeh-temeh pun nak masuk mahkamah ? Takkan gaduh dengan kawan pun nak masuk mahkamah ? Haih~ bukan saya suruh korang setiap ada masalah, gaduh sikit dengan kawan, dengan pakwe makwe suruh masuk mahkamah. Yang saya nak tekankan kat sini, maksudnya, contoh jika si kapak gaduh dengan si pisau, lepas tu si kapak ni pergi bagitahu si gergaji pasal gaduh semua, seolah-olah si kapak ni je betul. Si gergaji pula percaya je, cepat je tuduh-tuduh, hukum si pisau ni. Padahal, belum dengar lagi dari pihak si pisau. Entah-entah si kapak ni menipu je, reka cerita je. Betul tak ?

Mentang-mentangla si kapak ni kawan baik dia ke, punyala percaya. Lagi-lagi si pisau ni pulak nampak jenis 
stock biasa-biasa, jadi suka hati je buat tanggapan, terus pandang serong kat si pisau ni. Tak ke naya macam tu ?

Tak usah nak mengadili, menghukum seseorang sesuka hati. Tengok bukti dulu. Tapi ada juga kadang-kadang bukti yang di kaburi. Apa-apa pun, pakai otak la. Guna otak. Tak payah bekukan otak simpan dalam kepala je, tak guna. Kalau macam tu, baik jadi binatang, tak ada akal. Seorang hakim, punyala susah nak jatuhkan hukuman. Berbekalkan saksi, dengan lawyer lagi yang soal macam-macam, tapi kita ni yang jenis biasa-biasa suka hati je, senang je nak hukum orang, nak nilai orang. Tak payah la kata gitu, kadang-kadang students yang belajar Law pun tak boleh fikir benda gini. Dia still dengar sebelah pihak pastu terus percaya. Sungguh tidak adil. Tapi itula yang terjadi.

Lagi terkilan bila seorang perempuan ni terlalu percaya pada si lelaki. Sampaikan, bila ada perempuan lain terangkan, bagitahu, tunjuk bukti, masih tak terima. Sanggup gaduh sesame perempuan, semata-mata percaya pada si lelaki. Ye la, sebab si lelaki ni nampak baik, alim, beragama, terus percaya. Macam orang alim ni tak buat dosa, macam orang Islam ni tak menipu. Kita semua ni manusia biasa, masih buat silap, jangan pandang seseorang tu ustaz, imam, dia tak buat dosa. Kita ni bukannya nabi, maksum. Betul tak ? Tak taula kalau ada ustaz-ustaz yang masuk blog saya ni, baca, terus marah saya sebab kata ustaz pun buat dosa. Tak tahula kalau ada ustaz yang rasa dia tak pernah buat dosa, tak buat silap, mentang-mentangla belajar ilmu agama, ilmu paling dekat dengan Allah. Asif ye, saya tak tuju pada sesiapa. Saya Cuma nak gambarkan reality, apa yang terjadi berdasarkan pengalaman. Saya menulis di sini berdasarkan pengalaman, apa yang berlaku di sekeliling saya. Bukan main cakap je. Dan saya tidak sesekali menuduh semua orang sama.
Kalau setuju, tak setuju sekalipun, berila comment. Asalkan ianya membina. Apa yang saya lalui inila yang saya rasa nak share dengan readers.

So pengajaran kat sini, apa-apa yang kita dengar, jangan dengar sebelah pihak je. Sebaik mana orang tu, jangan sangka dia tak pandai buat salah, tak pandai nak menipu, tak pandai nak reka cerita. Menyelesaikan masalah bukan dengan cara mendengar sebelah pihak je, fikir-fikirkanlah.. Kalau rasa tak boleh nak dengar dari pihak lain, tak berkesempatan ke, pandai-pandai la kita jangan nak suka hati juga ikut kepala sendiri jatuhkan hukuman.
Everything Happened For Reasons..

Tapi kalau rasa nak bodohkan diri jugak, teruskanlah dengan cara tu. Kebenaran tetap kebenaran. Allah lebih tahu. Berhati-hati dengan dunia yang penuh tipu daya. What goes around comes around. Dah penat nak tulis benda sama. Banyak je my previous entries ada ayat tu. Apa kita buat, akan balik pada kita balik.
Jangan sangka saya mudah percaya dengan apa saya dengar dari sebelah pihak. Jika berkaitan dengan saya, saya akan cari pihak lain untuk dapatkan penerangan. Tapi jika ia tak berkaitan dengan saya, saya hanya letak benda tu masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Saya tak sesekali nak hukum pihak lain yang saya tak tahu hujung pangkalnya.

Hati orang yang memusuhi kebenaran dan nilai-nilai keutamaan akan terhiris-hiris jika mereka tahu tentang kebahagiaan, kegembiraan & kesenangan kita.

Semoga apa yang saya nyatakan di sini dapat beri manfaat pada readers semua walaupun sedikit. Saya bukan seorang muslimah yang layak untuk berbicara tentang agama, saya sedar itu. Banyak lagi yang saya perlu ubah, yang saya perlu belajar. Tapi saya bukan juga seorang yang berlagak mempunyai ilmu agama tinggi tapi cakap tak serupa bikin. Anda tahukan apa itu munafik, & di mana tempat selayaknya untuk orang munafik ? Saya pasti mereka yang lain sudah lebih mengetahui apa itu munafik. Tapi mungkin nanti saya akan buat entri tentang orang munafik.

Walau apa pun, balik pada yang satu. Apa yang kita buat, rujuk pada Allah, hukum Allah.. Kebenaran tetap kebenaran, ia pasti hadir.. Aku pasti, Aku Yakin.. Subhanallah…

Baguskan entry ni? em, bgi kita plak, nanti bila dah jadi cikgu, jgn suka tuduh pljr macam2 klu tengk dia buat salah.... cuba pergi tanye elok2, jgn terus "bagi" jer..... kesian budak tu nanti,,....

hehehehe......


k lah, Selamat Berexam ek......

wsalam n byee........

Sunday, 12 May 2013

ehem ehem!

Assalamualaikum.
Salam sejahtera. 

:)


sedang menghadap buku Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dan teringat kata kata ayah.

"belajar betul betul. study betul betul. sekarang ni nak posting bukan senang. pointer kalau tak tinggi nak kemana nanti?"


lepas penuhkan otak dengan tulisan tulisan terfikir, 

"kita ni belajar hanya untuk dapat posting sahajakah?"


mindset kena betul. mindset kena ada kat landasan. insyaAllah.



bagi sahabat sahabat yang Muslim, berusaha. 

"Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tammim bi khair." 

amal doa ni selalu. moga Allah permudahkan. 

tadi ada jiran aman nasihat, tawassul dengan amal ibadat. 

insyaAllah.


bagi sahabat yang not yet Muslim, (^_^)

study sampai habis. 

semoga berjaya dan berjasa.

pada diri, keluarga, masyarakat, ipik dan negara! :p




jadi, kepada semua warga IPIK yang bakal menduduki peperiksaan esok ka, minggu depan ka, yang penting, senyum mesti kekal. iman mesti upgrade. hati mesti bersih. otak mesti pulun. doa mesti pada yang Esa. usaha mesti ada. tawakal penghabis cerita. insyaAllah. :) 


we, the Pembimbing Rakan Siswa wish all of us BEST OF LUCK and see you next semester! insyaAllah. :)






Saturday, 11 May 2013

~ DEMAM EXAM ~

Hye sahabat semua.....

Assalamualaikum n salam sejahtera.....

Kali ni, PRS nk kongsi sal exam. Maklumla, dekat2 exam ni, ramai yang stress... Duk pikir sal bab2 yg belum baca la, mcm2 ag la.....

Releks............ Jgn stress sngt, nnti x sronok ulangkaji

Jom................


Kurangkan Jadi ‘Burung Hantu’
Kebanyakkan pelajar, terutamanya yang selalu ulangkaji pada saat akhir, mengulang kaji pada waktu malam. Ini mengakibatkan mereka berasa letih pada hari berikutnya, adakah dengan situasi mengantuk dan letih akan membantu anda pada hari berikutnya? Kajian terbaru mengatakan ‘tidak’. Kajian dalam edisi Januari 2011, Behavioral Sleep Medicine mendapati pelajar dimana selalu tidur lewat untuk belajar mendapat lebih kurang PNG (GPA) berbanding pelajar yang lain. Kajian juga menunjukkan mereka yang tidur lewat bukan kerana untuk belajar, tetapi sudah didapati ia sebagai rutin mereka untuk belajar lewat malam. Bagi mereka yang inginkan gred lebih tinggi, hentikan belajar lewat malam.
Kurangkan Kafein
Kafein dan pelajar adalah sahabat baik dalam bekerjasama untuk mengulangkaji pelajaran. Kafein boleh didapati dalam minuman seperti ‘energy drink’, kopi dan sebagainya. Kajian mengatakan kafein dapat membantu dalam meningkatkan pretasi tetapi dalam masa yang sama mempunyai kelemahan. Kajian menunjukkan pelajar yang meminum minuman kafein akan mengalami sakit kepala dan jantung berdebar-debar. Kafein juga mengurangkan rasa mengantuk dan mengakibatkan tidak cukup tidur, ini mengakibatkan anda tidak berasa segar pada waktu pagi. Dapatkan tenaga extra secara natural seperti makan makanan sihat dan juga bersenam, termasuk kualiti tidur yang dijaga.
Belajar Dengan Situasi Gembira, Bersama Rakan Yang Ceria?
Idea untuk belajar bersama rakan adalah baik, tetapi ia boleh bertukar menjadi sebuah kumpulan gossip jika anda silap untuk cari tempat atau rakan yang baik. Cari tempat yang sesuai untuk belajar berkumpulan. Elakkan belajar ditempat-tempat sibuk seperti restaurant atau lebih teruk lagi di bilik, kerana ia akan mengganggu pembelajaran anda. Cari tempat yang sunyi dan atmosfera yang sesuai seperti di perpustakaan. Cari rakan yang komited dan bertanggungjawab untuk mendapat input dan level yang sama tinggi daripada belajar berkumpulan.
Tunggu Sehingga Saat Akhir dan Berdebar-debar?
Banyak pelajar suka melakukan cara ini malah Bill Gates sendiri mencadangkannya, tetapi ia adalah cara paling berisiko dan anda harus fikirkan mengenainya. Perkara pertama adalah anda tidak sempat habis dalam masa yang sepatutnya dan masuk ke dewan dalam keadaan tidak bersedia. Kedua adalah anda akan mencari cara untuk menguasai masa dengan menggunakan kafein dan tidur lewat untuk belajar. Akhir sekali anda akan berdebar-debar akibat adrenaline dan masukkan informasi kedalam memori jangka pendek. Masa yang sesuai adalah mengulangkaji seminggu atau lebih awal daripada tarikh tamat tempoh.
Sentiasa Mengingatkan Diri Sendiri Kepada Perkara Penting?
Mengingati perkara penting mengenai peperiksaan akan menjadikan motivator yang baik untuk belajar, tetapi terlalu fokus akan memudaratkan. Jika anda adalah jenis pelajar yang berhati-hati, bimbang akan perkara buruk bakal berlaku dalam peperiksaan yang ketara, sudah tiba masanya untuk anda alihkan tumpuan. Ini kerana terlalu bimbang kepada ujian atau peperiksaan akan mengakibatkan anda melakukan kesilapan dan mendapat skor yang lebih rendah daripada sepatutnya. Elakkan terlalu obses, sentiasa berfikiran positif dan elakkan daripada kebimbangan yang melampau.



K la, slmt menduduki peperiksaan semua..... Gud luck....... bye
~ PRS, Kami sedia membantu ~

Saturday, 27 April 2013

Yahoooooooooooooooooooooooo.................Happy nyerrr..................




Assalamualikum n salam sejahtera semua......

Hari ni blogger nak kongsi satu tips yang bermakna sangat untuk kita semua.

Kadang-kadang kita terpikir juga nak jadi gembira macam orang laing. Seronok tgk orang lain happy. Best kut.......Em, so ai ni blogger nk kongsi macam mana nak jadikan hidup kita sentiasa gembira. Maklum la, musim2 nk exam ni, ase x de mood je kan. Fikir nak exam je kan..... hehehehe

xpe2, kami sedia membantu...

Sebelum tu, senyum dulu.......

Jom........

First,

perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukurla sebab kita masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaanNya. Bersyukur juga sebab masih diberi kesempatan untuk melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi

Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang kita mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan on9 lagi, email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Ni yang penting skali, motivasi diri kita dengan perkara betul. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah

Bagi yang muslim, mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was. Bagi agama lain, blogger yakin mest ad cara agama masing-masing kan.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

Tekad dalam hati, kita nak jadikan nari ini hari yang lebih baik dari semalam.

Last skali, 

6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Almaklum la, kadang-kadang kita tak sedar kita ada buat salah dengan orang.  Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain. 
Yeyyyyyyyyyyyy................ 

heheheheh....
Em, rasanya stakat ni je la prkongsian kli ni.... Jom kita sama-sama cuba tips ni.
Ok lah, Insyaallah, lain kali kita kongsi lagi n Insyaallah blog ni akan di update seminggu skali.... So, kunjung2 la ek blog ni.... 
Bagi nk UAK, GUD LUCK....
Bye... Assalamualaikum

~KAMI SEDIA MEMBANTU~

Saturday, 20 April 2013

Ayam vs manusia…

Petang semlm sedang aku n mak aku bersantai di belakang rumah sambil memerhati anakku Amsyar sedang bermain….tiba-tiba aku terlihat ibu ayam sedang mencari makan utk anaknyer….aku pun berkata kpd mak aku….”tengok mek, bagusnyer ibu ayam tue menjaga kesemua anaknyer, pantang didekati oleh mana-mana ayam lain pasti dipatuknyer….” Mak ku menjawab “kt manusia pun sama mcm tue, masa kecik ibu akan menjaga kesemua anaknyer tanpa mengira penat lelah seharian, tp anak skrg nak jaga hati seorg ibu pun susah….tgk ayam kat sana tue bila besar, ibu sendiri dia patuk” aku tersentak, dalam maksud ibuku tersebut….aku merenungnyer, adakah ada sesuatu yg telah melukakan hatinyer…..





Semlm aku tak dpt tidur memikirkan kata2 ibuku….teringat kisah yg ibuku ceritakan ptg td…mak ibuku meninggal ketika beliau berumur 3 tahun….selepas itu ayah ibuku berkahwin lain dan mendapat 5 org anak….kerana kesempitan hidup ibuku hanya belajar sampai darjah 3 sahaja walaupun hatinya meronta-ronta untuk bersekolah….apabila berkahwin dia mengabdikan hidupnyer utk anak2….siang bekerja sebagai menorah getah…..bila malam ibuku bersekang mata membuat kuih demi membesarkan anak…..sekarang apabila usia sudah meningkat tua, ibuku sudah tidak mampu untuk bekerja keras lagi kerana jika dia bekerja kuat, pasti beliau akan mengalami kesesakan nafas….sbb itu aku korbankan diriku utk berjauhan dengan suami kerana tiada siapa yg dapat menjaga mereka sekiranya berlaku kecemasan di waktu malam…..nasib baik suami memahamiku dan mengizinkanNya…….Sebagai seorang anak yg terlalu rapat dgn ibu, itu sahaja mampu aku buat, In shaa Allah sampai ke akhir hayatku, aku akan menemanimu…. 



Kepada kaum lelaki, ini pesanku, ibubapa perempuan akan terlepas tanggungjawab terhadap anak perempuan setelah anak diijab kabulkan. Tanggungjawab itu berpindah kepada suami. Oleh sebab itu, perempuan yang sudah berkahwin wajib mentaati suami selepas Allah dan Rasul. Bagi lelaki pula, ibu bapa mertua mempunyai taraf yang sama seperti ibu bapanya sendiri. Oleh sebab itu, lelaki atau yang bergelar suami tidak boleh sewenang-wenangnya melupakan atau mengabaikan ibu bapa mertua….kalo x da mereka, x adalah your honey2…..persoalan yg selalu dibincangkan ialah suami jarang menghormati ibu mertua berbanding ibu sendiri….ibu sendiri selalu diberi duit, ibu mertua diberi hanya jika berjumpa….sebenarnya ibu mertua dan ibu sendiri adalah sama..syurga lelaki atau suami di tapak kaki ibu…bukan hanya ibu sendiri malahan ibu mertua…..mengecilkan hati ibu mertua adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan melainkan taubat….kelak nanti syurganya tidak ada bauan bg suami kt…..



Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t." Jangan sampai kita menjadi anak yg derhaka….jgn sampai tiada tempat di syurga utk kt kerana menderhakai org tua kt…..jgn kt menyesal pada saat ibu bapa kt dah tiada…..Nauzubillah….Jadilah kita anak yg mentaati ibu bapa kt selagi mereka tidak bertentangan dgn agama.. In shaa Allah selamat hidup kt dunia dan akhirat…



Anak2 sekarang kalo suruh jaga ibu bapa bermacam2 alasan, sibuk dengan kerja, sibuk dgn anak2 dan bermacam2 lg alasan…walaupun masa tue parent mereka berada di hospital bertarung dengan kesakitan…tp apabila bab harta ibu bapa, semua pakat tadah tangan…..suruh bagi sama rata…..sedangkan masa suruh bertanggungjawab…pandailah pulak beri alasan…..macam mereka sorg ada keluarga sendiri…..cuba renung sejenak, kalo yg berjauhan berapa kali dalam sebulan kamu call ibumu…..bertanyakan khabar mereka…..usia mereka sudah tidak lama…..jgn kamu menangisi mereka seandainya mereka telah kaku tidak bernyawa…..




... Hari ibu bukan hanya pada hari ibu sahaja... Hari Ibu adalah pada setiap masa dan ketika... 
- Jom call ibu kita sekarang -

Tuesday, 9 April 2013

ini kalilah!

salam dan salam sejahtera. 

semoga hari ini lebih baik dari hari yang sebelum sebelumnya.


SELAMAT KEMBALI kepada adik adik PISMP semester 3 dan SELAMAT BERPRAKTIKUM kepada kakak kakak dan abang abang. :) 


MENGUNDI. 

ini kalilah! 

kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak bergerak. :)


jadi, sementara masih hangat isu PRU 13 ni, Pembimbing Rakan Siswa harap sangat sahabat sahabat rakan rakan kakak kakak yang dah boleh mengundi tu, jom sama sama sumbangkan undian kita! mana tahu, dengan undian kita yang satu ni, kita mampu ubah masa hadapan negara kita ke arah yang lebih lebih lebih baik, insyaAllah. :) 



PILIHAN TERLETAK DI TANGAN KITA! :)

jadi, pilihlah pemimpin yang mampu untuk memimpin negara dengan lebih adil, lebih saksama, bebas rasuah, bebas penipuan, bebas salah laku. :)


LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA!
PERJUANGKAN HAK KITA!
PERJUANGKAN PEGANGAN KITA!


INI KALILAH! 

 :)



SELAMAT MENGUNDI! :) 



Wednesday, 20 March 2013

CUTI vs ASSIGNMENT

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.


lama tak update apa-apa perkembangan tentang PRS. al maklum la, masing-masing ahli sibuk. sekarang, Alhamdulillah kami semester3 dah mula berPBS dah nak habis dh pun. :) tak lama lagi nak cuti sekolah. lepas tu kompem kompem assignment bersusun mintak disiapkan. naaaaa, jadi, tips kali ni adalah, "CUTI DIDAHULUKAN, TUGASAN DIUTAMAKAN."

  1. Packing baju, packing assignment sekali. 
  2. cuti seminggu, 7 hari, setiap hari sekurang- kurangnya buat 3 m/s assignment. kalau rajin extra, boleh buat lebih. 
  3. kita pulun panggil mak ayah, apak, amma, mami, mama, daddy, abah, abi, walid, ummi, haaa. pakat panggil ramai- ramai mintak tulung bagi idea. 
  4. siang, berjalan sakan, malam berjaga sakan buat kerja. 
  5. niat nak qada'/ ganti tidur adalah DILARANG.


masa itu emas, emas itu mahal, mari hargai MASA. :)



-posted by WAS-

Tuesday, 12 March 2013

Aku dan assigment....



Sajak : Aku dan Assignment

Kawan2, mai sama2 kita dengar....


Dengan assignment,
Kalau rasa terbeban,
Jangan buat, tinggalkan.
Jangan tengok, biarkan.
Jangan fikir, abaikan.( habis tu bila nak buat kan?????? huhuhhu)


Dengan assignment,
Kalau rasa penat,
Ambil masa, rehatlah.
Ambil angin, keluarlah.
Hiburkan hati tidaklah salah.( haaaa.... yg ni baru betul)


Assaignment punye pasal????.................. HUHUHUHU... RELAKS, RELAKS!!!!!


Jom kita buat sama2.....

Ha, PRS ada tips nak kongsi dengan kawan-kawan....

Haa, ini adalah satu tips yang sangat penting untuk pelajar-pelajar.. yang pasti, ini adalah tips untuk report assignment, bukan art yer...hehehe

1) fahami tajuk. Untuk fahami tajuk, kena buat banyak-banyak research. Kat internet ke..Buku ker..yang pasti, kena buat banyak research. Research ni bukan maksud nye tengok wikipedia n terus copy yer.

2) buat draft. Ni penting untuk group work, supaya adik2 sekalian tau apa nak dibuat n apa yang diexpect. pastikan draft menjawab semua soalan dalam tajuk assignment

3)jumpa lecturer bersama draft. n bila lecturer terangkan apa patut ada n apa patut disingkirkan, dengar betul-betul!! jangan waktu dia cakap tu adik2 tengok tempat lain plak, yer.. hormati lecturer anda, jangan sesekali cakap belakang, sbb diorang yg bagi korang markah tau!


4)tetapkan date line 5 hari sebelum dateline sebenar. dateline yg adik tetapkan ni, adalah untuk tempoh masa adik kena siapkan assignment tu. buat awal, hantar kat kawan yg compile awal, awal habis kerja n awal la rileks!!

yang paling penting, jangan tangguh-tangguh...... huhuhu

jadi kita buat dengan lebih teratur..
A is a MUST!

emmmm... tu je kut..... nnti kita kongsi tips lain lagi.....
bye.......

<<<<<<<<<<<<<<KAMI SEDIA MEMBANTU>>>>>>>>>



Saturday, 16 February 2013



Assalamualaikum.
Salam sejahtera.



APA ITU PRS?

Pembimbing Rakan Siswa (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, social atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.

Program ini berasaskan konsep bahawa rakan siswa merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.

Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.

Program Pembimbing Rakan Siswa Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Siswa dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.



PERANAN
Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
Ini menuntut pengorbanan perasaan dengan cuba merasai apa yang orang lain rasa, apa yang rakan anda rasa. Pepatah 'cuba masukkan kaki anda dalam kasut orang lain'. Ini menuntut penghayatan terhadap masalah orang lain, jika ia berlaku seperti kita. Oleh itu, belajarlah merasa sakit apabila melihat orang lain sakit, belajarlah hayati kesedihan apabila orang bersedih dan belajarlah hargai kegembiraan apabila melihat orang lain gembira.

Sebagai khidmat sokongan, membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Keikhlasan untuk membantu perlu lahir dari diri sendiri. Menggerakkan unit, membantu dan sebagainya perlu dating dari dalam hati sendiri.

Sebagai satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.

Sebagai kawan kepada pelajar, tentunya ahli PRS mendapat banyak maklumat, menerima aduan dan rintihan rakan-rakan. Ini boleh disampaikan kepada kaunselor untuk membantu rakan-rakan yangmemerlukan.

Sebagai contoh kepada pelajar lain. Ahli PRS akan menjadi orang contoh kepada pelajar lain. Maka sahsiah ahli PRS tentulah perlu tinggi dan sentiasa boleh dijadikan contoh teladan kepada orang lain.




PRINSIP PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

Prinsip ini menekankan bahawa ahli PRS hendaklah membersihkan hati dan bertekad sesungguhnya bersedia dan dengan rela hati membantu orang lain tanpa sempadan agama bangsa kedudukan perlakuan dan fizikal. Ini bererti pilih kasih, berat sebelah dan diskriminasi secara total perlu dielakkan oleh ahli PRS dalam menjalankan tugas mereka.



MOTO

‘ BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN ’





-pembimbing rakan siswa IPIK-